[osdcmy] [KOSTEM] Perutusan 2012

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

[osdcmy] [KOSTEM] Perutusan 2012

Mohamad Imran
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Selamat melangkah ke tahun 2012. Seperti mana yang diketahui, 2011 merupakan tahun dimana idea penubuhan koperasi sumber terbuka mula berkembang. Bermula daripada perbincangan di mailling list OSDC.my pada Oktober 2010, sehinggalah kini, ianya semakin hampir menjadi realiti. Dalam perkembangan semasa, pihak AJP telah membuat Mesyuarat Agung Permulaan pada 3 Disember 2011 dan proses pendaftaran Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad atau ringkasnya KOSTEM Selangor sedang dilakukan. Keputusan mungkin akan diketahui sedikit masa lagi.

Berbalik kepada KOSTEM Selangor, 2012 merupakan tahun yang dianggap kritikal bagi koperasi. Ini kerana  terdapat satu projek untuk menjana ekonomi. Projek yang dimaksudkan adalah penerbitan majalah Kod Sumber, sebuah majalah yang berfokus kepada teknologi berasaskan sumber terbuka. Seperti yang diketahui koperasi merupakan model organisasi yang berteraskan penjanaan keuntungan, dan ianya akan dikongsi dengan para anggota. Kod Sumber bakal menjadi produk koperasi yang pertama, secara tak langsung mendedahkan kepada umum segmen Free/Libre & Open Source Software (FLOSS) kepada industri ICT negara serta masyarakat.

Apa Peranan Komuniti?

Seperti yang telah diperjelaskan, penubuhan koperasi sumber terbuka didedikasikan kepada mereka yang berada dalam kelompok sumber terbuka di Malaysia dan industri ICT umumnya. Tidak kira anda seorang pembangun perisian, pentadbir sistem, hinggalah seorang pengguna biasa, koperasi adalah tempat untuk kita berkenalan, berkongsi pandangan, serta memikirkan apa yang terbaik demi kepentingan bersama. Anda dialu-alukan bersama-sama KOSTEM Selangor - dan KOSTEM umumnya - berganding tenaga dalam memacu kemandirian koperasi.

Akhir kata, 'kita' sudah lama ada. Apa yang kita perlu adalah sebuah penyatuan bagi membuktikan kepada 'mereka' bahawa 'kita' telah bersedia bertindak seterusnya menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Terima kasih.


-Mohamad Imran Ishak-
AJP (err, ada lagi ke pro tem.. Kui kui)
Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad (Dalam penubuhan)

--
Aku Tetap Aku™

http://about.me/MakLaN


--
To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
 
OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
 
Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/