[osdcmy] Permohonan Geran RM30,000 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

[osdcmy] Permohonan Geran RM30,000 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Raja Iskandar Shah
Salam hormat semua

Buat makluman, Suruhajaya Koperasi Malaysia ada peruntukan untuk memberikan geran berjumlah RM 30,000 kepada koperasi baru:

Antara perkara yang akan dipertimbangkan untuk kelulusan geran berkenaan adalah daya mampan koperasi dari segi keanggotaan dan perniagaan. Geran ini akan digunakan sebagai modal awal untuk percetakan majalah, sewa ofis dan menggajikan seorang pekerja sepenuh masa.

Sehubungan dengan itu bagi bulan Julai 2012 ini, pihak Kostem akan mengadakan kempen untuk mendapatkan lebih ramai anggota, serta mendapatkan lagi artikel bagi Majalah yang bakal diterbitkan.

Borang permohonan keanggotaan boleh dimuat turun di http://bit.ly/KRw1Q4 
Lengkapkan dan email kepada [hidden email]
Fi masuk adalah RM10 dan syer minima adalah RM100 (sekali seumur hidup)
Bayaran boleh dibuat kepada Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad di akaun CIMB Bank Berhad, Cawangan Cyberjaya.

Cadangan artikel untuk majalah Kod Sumber boleh dihantar kepada [hidden email]
Artikel yang diterbitkan pada majalah akan dibayar RM30 setiap muka.
Ahli boleh mengiklan pada majalah berkenaan pada kadar serendah RM300.
Ahli juga boleh memjadi ejen pengiklan dengan komisyen sehingga 20%

Bagi bulan Ogos 2012 depan, Kostem juga akan mengumumkan permulaan satu projek baru.

--
To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
 
OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
 
Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/